Penaklukan Morea (1458 - 1460) Muhammad_al-Fatih

Morea bersempadan dengan Balkan Uthmaniyyah di selatan. Tentera Uthmaniyyah pernah menyerang rantau ini sewaktu berada di bawah pemerintahan Sultan Murad II untuk memusnahkan pertahanan Byzantine iaitu dinding Hexamilion, Isthmus of Corinth pada tahun 1446. Sebelum pengepungan terakhir Constantinople, Sultan Muhammad al-Fatih memerintahkan tentera Uthmaniyyah untuk menyerang Morea.

Pada ketika itu, Demetrios Palaiologos dan Thomas Palaiologos gagal menghantar sebarang bantuan. Ketidakmampuan mereka sendiri telah mengakibatkan pemberontakan Albania - Yunani di mana mereka menjemput tentera Uthmaniyyah untuk membantu menyelesaikan masalah pemberontakan. Pada masa tersebut, beberapa orang yang berpengaruh di Moreote Greeks dan Albania membuat perdamaian secara peribadi dengan Sultan Muhammad al-Fatih.

Selepas bertahun-tahun pemerintahan para penghulu yang tidak cekap, kegagalan mereka untuk membayar penghormatan tahunan mereka kepada Sultan akhirnya menimbul pemberontakan mereka sendiri terhadap pemerintahan Uthmaniyyah. Pada Mei 1460, Sultan Muhammad al-Fatih memasuki Morea. Dengan itu, Demetrios menamatkan penahanan terhadap Uthmaniyyah manakala adiknya, Thomas berjaya melarikan diri. Menjelang akhir musim panas, Tentera Uthmaniyyah telah mencapai penaklukan hampir semua bandar yang dimiliki oleh orang Yunani.